Ad banner
Ad banner

‘Sedang Saya Makan Kenyang, Tidur Lena, Mereka Susah. Moga ALLAH Ampunkan Dosa Saya’ – Ustaz Ebit Lew

In this video

Sedihnya, pusing rumah kakak-kakak dekat sini. Semua cuma ada satu bilik. Ada anak 6 orang cuma satu bilik. Tandas dekat luar. Nak naik tangga jer dah seram gelap je. Masuk rumah semua muat satu tilam besar je atau 2 tilam single. Itu saiz rumah mereka. Rata-rata semua tinggal begitu. Beberapa orang menangis semalam takde duit nak bayar sewa. Saya beri sedikit duit dan terus bayar sewa.

Ini rumah Pak Leman. Penuh tin. Dia kutip dan simpan, bila susah sangat dia jual. Allahu. Sedihnya dengar kisah hidup mereka. Bila ada keluarga yang tak ada duit untuk sewa bilik, Pak Leman suruh mereka tidur dalam rumahnya dan dia akan tidur di luar.

Anak-anak dekat sini semua dah macam keluarga. Setiap kali datang mesti peluk jer. Ya Allah tuhanku. Ada kakak anak 4 orang. Suami dah lama tak balik, hilang. Seorang diri besarkan anak-anak tengah kota ini. Mereka siap tolong jaga anak orang lain yang susah. Ajak tinggal dengan mereka.

Ada seorang anak ini dah tak pergi sekolah dan selalu mengamuk pada maknya mencarut dan sepak perut maknya. Bila dakwah dan pujuk dia nak belajar madrasah nak jadi orang baik. Allahu. Pohon doa semua dapat bantu mana-mana anak yang dah tercicir ini. Semoga Allah bantu mudahkan. Mereka semua baik-baik sangat disini.

Sedang saya makan kenyang, tidur lena, mereka susah. Moga Allah ampunkan dosa saya-ebitlew

(Visited 13267 times, 1 visits today)

About The Author

You Might Be Interested In

Loading...

Other Channels

Playlists Have This Video

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEN
ms_MYMS en_USEN