Ad banner
Ad banner

3 Isi Penting Audio Rakaman 1MDB Najib Dan Dzulkifli

3 Isi Penting Audio Rakaman 1MDB Najib Dan Dzulkifli

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mendedahkan rakaman audio dikatakan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan 7 lagi individu berkenaan 1MDB dan bekas anak syarikat, SRC International.

Loading…

Audio itu merupakan rakaman panggilan telefon antara 5 Jan 2016 hingga 29 Jul 2016.

SPRM menamakan 8 orang yang terlibat dalam perbualan yang dirakam itu, antaranya Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor; Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim; bekas timbalan pendakwa raya awam Dzulkifli Ahmad; Putera Mahkota UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Development Company, Khaldoon Al-Mubarak.

Menurut SPRM, terdapat 20 nama disebut dalam rakaman itu, antaranya bekas naib ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan Mohamed Apandi Ali; bekas ketua pegawai eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah Suboh Md Yassin; dan pengarah urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman.

Video: Soscili.my

(Visited 1374 times, 6 visits today)

You Might Be Interested In

Loading...
loading...

Other Channels

Playlists Have This Video

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEN
ms_MYMS en_USEN